NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

YB Mat Sabu! Telur mana telur?

Telur Mana Telur? 

YB Tuan Haji Mohamad Sabu,  

Saya dah kata aritu, import telur tidak akan menyelesaikan masalah kekurangan telur dan harga telur. Apa yang perlu YB buat sekarang adalah :

1. Hentikan eksport telur ayam ke luar negara selagi bekalan telur ayam dalam negara tidak pulih. Selagi YB tak hentikan, kartel tidak akan peduli. Lagi YB bawa masuk telur dari luar (secara teorinya akan lebih mahal dari telur tempatan), lagi kartel akan jual telur tempatan ke luar negara (dengan harga lebih mahal). 

2. YB perlu segera melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap sebarang tindakan sorok telur ayam dengan kerjasama KPDN (bawah Menteri parti YB juga), dan KDN. Kartel utama pembekal telur dalam negara tidak banyak. Untuk buat pemantau tidak susah YB. 

Dengan sekatan eksport dan tindakan penguatkuasaan, kartel telur tiada option kecuali jual dipasaran tempatan. Teori ekonomi, permintaan dan bekalan, apabila bekalan meningkat, harga akan menurun. YB perlu tegas terhadap kartel dan jangan berlembut dengan tindakan sorok bekalan atas kepentingan keuntungan mereka. 

Satu lagi, YB adalah Menteri yang bertanggungjawab terhadap keterjaminan makanan. Di manakah unsur keterjaminan makanan dalam tindakan mengimport telur? Saya berharap YB Menteri dapat mengemukakan polisi-polisi dan dasar bagi memastikan keterjaminan makanan dalam negara. 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo