NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umno tak boleh salah langkah lagi, kata Hishammuddin


PETALING JAYA:
Umno tidak boleh salah langkah lagi selepas parti itu bersama Barisan Nasional (BN) kalah teruk pada PRU15, kata Hishammuddin Hussein.

Ahli Parlimen Sembrong berkata, Umno perlu menyedari dan menginsafi susulan kekalahan itu dengan membetulkan kelemahan yang berlaku.

“PRU15 BN kalah teruk hanya dapat 30 kerusi saja…satu keputusan yang sepatutnya menginsafkan dan menyedarkan kita semua khususnya warga Umno dan BN. Sesungguhnya kita perlu lakukan penambahbaikan dan apa jua pembetulan yang diperlukan untuk parti kesayangan kita ini.

“Banyak sangat kerja kena buat kalau nak pulihkan semula keyakinan rakyat. Kita tak boleh salah langkah lagi,” katanya yang juga bendahari agung BN di Twitter.

Hishammuddin berkata, beliau akan menggunakan masa yang ada ketika ini untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat kepada Umno.

“Memandangkan sekarang ada sedikit kelebihan masa, tidaklah sesibuk sebelum ini, masa yang ada ini saya akan gunakan sebaik mungkin demi kelangsungan dan masa depan parti,” katanya dipercayai merujuk kepada kedudukan beliau ketika ini tidak lagi memegang jawatan dalam Jemaah Menteri.

Beliau turut menolak tuduhan kononnya akan meninggalkan BN dan menyertai parti lain sambil menegaskan setia kepada Umno.

“Kawan-kawan ada satu soalan yang selalu orang tanya saya. Pendirian macam mana dan selepas ini apa hala tuju dalam politik, bagi saya mudah saja. Saya tetap Umno dulu, kini selamanya,” katanya.

Keputusan PRU15 pada 19 Nov lalu menyaksikan tiada parti dapat membentuk kerajaan.

Umno memenangi 26 kerusi dengan MCA memperoleh dua, MIC dan PBRS masing-masing satu kerusi.

Tiga puluh kerusi dimenangi BN adalah prestasi pilihan raya terburuk gabungan itu. Pakatan Harapan (PH) memenangi 82 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh 74.

Hishammuddin bertegas menolak sebarang kerjasama membentuk kerajaan dengan PH sambil berkata rela dipecat dan tindakan itu berbeza dengan pendirian pucuk pimpinan Umno.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo