NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar tak ada 'telur' nak saman Lokman


Bersatu mengkritik Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat menggunakan undang-undang secara terpilih, sedangkan beliau sepatutnya menjelaskan persoalan-persoalan yang ditimbulkan.

Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata Presiden PKR itu kini menggunakan saluran guaman bagi melenyapkan semua kritikan terhadapnya

“Saya merujuk kepada laporan media mengenai tindakan mahkamah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah tersebar kepada media sebelum pun ia diserahkan kepada peguam Tan Sri Muhyiddin

“Saya juga ambil perhatian bahawa Anwar telah mengugut tindakan sama terhadap Datuk Ahmad Amzad Hashim (ahli Parlimen Kuala Terengganu).

“Dalam kapasiti sebagai Perdana Menteri, Anwar seharusnya berani dan bersedia menjelaskan persoalan-persoalan yang ditimbulkan. Bukan mengugut tindakan guaman bagi melenyapkan semua kritikan,” katanya yang juga ahli Parlimen Tasek Gelugor.

Wan Saiful dalam satu kenyataan semalam (21 Disember 2022) mempersoalkan adakah Anwar mahu menjadi pemerintah diktator yang tidak boleh dikritik dan dipersoalkan?

“Kenapa sejak menjadi Perdana Menteri, Anwar sangat nipis telinga dan tak boleh terima kritikan? Adakah Anwar mahu menjadi diktator yang tidak boleh dipersoal?,” katanya.

Beliau berharap Anwar juga mengambil tindakan undang-undang yang sama kepada pihak lain yang turut membangkitkan pelbagai cerita tidak baik terhadap Perdana Menteri Malaysia kesepuluh.

“Memandangkan terdapat banyak cerita yg tidak enak terhadap wibawa Anwar, contohnya oleh Lokman Nor Adam (bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO)dan oleh Agensia Nova dari luar negara, seperti dibangkitkan Ketua Pembangkang, saya harap Anwar akan bertegas mengambil tindakan guaman serupa kepada yang lain-lain juga.

“Dengan berbuat demikian baru lah Anwar boleh dilihat serius mempertahankan nama baiknya dan institusi Perdana Menteri dan bukan berterusan mempergunakan sistem perundangan secara selektif untuk bermain politik atau mengugut pengkritik,” kata Wan Saiful yang turut meletakkan pautan ceramah Lokman Adam ketika PRU-15 lalu.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo