NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tampilkan Siti Nurhaliza sampaikan laporan cuaca, pikat penonton ikuti keadaan cuaca


KUALA LUMPUR: Penampilan istimewa penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menyampaikan laporan cuaca untuk siaran berita di RTM1, hari ini menerima reaksi positif penonton.

Penyanyi kesayangan ramai itu memperlihatkan bakat terpendam dengan aksi spontan dan meyakinkan ketika menyampaikan kaji cuaca untuk slot Berita Wilayah pukul 5 petang serta Berita Perdana pukul 8 malam tadi.

Ia turut boleh diikuti menerusi saluran YouTube Jabatan Meteorologi (MetMalaysia). Laporan tersebut yang disiarkan dalam dua bahagian di YouTube setakat ini menerima 7.5 ribu tontonan.

Dalam hantaran di Instagram, penyanyi Jerat Percintaan itu berterima kasih kepada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta MetMalaysia atas peluang tersebut.

“Terima kasih MetMalaysia menjemput saya berkolaborasi dengan penyampai ramalan dan keadaan cuaca pada 21 Disember 2022 (Rabu).

“Kolaborasi itu diharap dapat menggalakkan orang ramai mengikuti keadaan cuaca dan bertindak mengikut nasihat berkaitan risiko bencana seperti banjir, angin kencang dan laut bergelora,” tulisnya.

Sementara itu, penonton, Noor Asyazwana Darmawan yang menulis pada bahagian komen memaklumkan tertarik menonton ramalan cuaca kerana penyanyi tersebut.

“Saya tidak pernah tengok laporan cuaca. Tetapi, sebab Siti yang sampaikan, saya tengok,” tulisnya.

Seorang lagi penonton, Helmi Abdullah, menyifatkan penyampaian laporan cuaca Siti Nurhaliza mempunyai persamaan dengan seorang pembaca berita ikonik negara.

“Macam arwah Farit Ismeth Emir bila Datuk Seri sampaikan pesanan,” tulisnya.

Dalam pada itu, Mohd. Fahrizal Zulkifli pula mengakui, kali pertama dia menonton laporan kaji cuaca sehingga tamat.

“Kali pertama tengok laporan kaji cuaca sampai habis,” tulisnya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo