NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Takaful Malaysia umum dividen interim 13.5 sen bagi tahun kewangan 2022



KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) mengisytiharkan dividen interim satu peringkat sebanyak 13.5 sen sesaham biasa untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022 berbanding 12.0 sen pada tahun kewangan 2021.

Dalam satu kenyataan hari ini, pengendali Takaful itu berkata ini diterjemahkan kepada hasil dividen sebanyak 3.89 peratus berdasarkan harga penutup sahamnya sebanyak RM3.47 pada 12 Dis 2022.

Tarikh pembayaran dividen ialah 16 Jan, 2023, dan tarikh kelayakannya ialah 29 Dis, 2022, menurut makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Nor Azman Zainal berkata dalam satu kenyataan bahawa dividen yang lebih tinggi "menunjukkan keyakinan kami terhadap pendapatan Takaful Malaysia dan dedikasi kami untuk mencipta penciptaan nilai bagi semua pemegang kepentingan kami."

Beliau berkata komitmen tidak berbelah bahagi syarikat adalah untuk memenuhi keperluan perlindungan pelanggan dan rakan kongsi perniagaan. Ini, ditambah dengan matlamat kumpulan untuk memberi inspirasi kepada pekerjanya, membolehkan mereka mencipta nilai jangka panjang untuk pemegang saham.

“Ia sejajar dengan kedudukan Takaful Malaysia sebagai pengendali takaful terkemuka dan keupayaan kami dalam meningkatkan jualan, pendapatan dan aliran tunai,” katanya.


- BERNAMA 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo