NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SPRM ambil dokumen berkaitan dana Covid-19 bernilai RM92.5 bilion

SPRM ambil dokumen berkaitan dana Covid-19 RM92.5 bilion di 8 agensi kerajaan, 9 syarikat
PETALING JAYA: Sebanyak lapan agensi kerajaan dan sembilan syarikat diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan ke atas dakwaan penyelewengan RM92.5 bilion oleh kerajaan terdahulu.

Memetik laporan FMT, lapan agensi kerajaan itu menerima peruntukan besar daripada pakej rangsangan yang diluluskan kerajaan pada 2020 dan 2021.

Sumber itu berkata, rentetan siasatan SPRM, lapan agensi kerajaan berkenaan telah diserbu nbgi mendapatkan dokumen berkaitan.

“SPRM turut menyerbu sembilan syarikat dipercayai pembekal utama kepada lapan agensi terbabit,” kata sumber itu kepada portal berkenaan.

Menurut sumber itu, masih terlalu awal untuk mendedahkan butiran lanjut, dan siasatan masih di peringkat pertama.

Kat sumber, SPRM memerlukan lebih masa untuk menyemak kes itu secara menyeluruh dan mengesan sebarang rasuah, salah laku kuasa atau penyelewengan.

SPRM sebelum ini dilaporkan memulakan siasatan terhadap dakwaan penyelewengan RM92.5 juta yang diperuntukkan untuk pakej rangsangan pandemik Covid-19 ketika pentadbiran kerajaan terdahulu.

SPRM dalam kenyataan sebelum ini berkata, Kementerian Kewangan sudah memberikan perincian dana berkenaan di bawah pakej rangsangan ekonomi pada 2020 dan 2021 berkaitan pengurusan Covid-19.

SPRM berkata, sebanyak RM530 bilion diperuntukkan dan daripada jumlah itu RM92.5 bilion adalah membabitkan dana kerajaan manakala RM437.5 bilion bukan dana kerajaan.

SPRM juga dilaporkan akan memanggil bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan dua bekas menteri untuk membantu siasatan itu.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo