NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Para suami kena alert! isteri sekarang sanggup failkan penceraian gara-gara suami ketagih memancing

BEIJING: Seorang wanita di China sanggup bercerai dengan suaminya selepas 10 tahun berkahwin hanya kerana tidak tahan dengan `ketagih memancing’ pasangannya yang mengutamakan hobi itu berbanding keluarga.

Memetik laporan Oddity Central, wanita dikenali sebagai Zhang memfailkan kes perceraian itu di Mahkamah Rakyat Daerah Juye di wilayah Shandong.  

Zhang mendakwa sudah tidak tahan lagi dengan tabiat suaminya yang gemar memancing sehingga dia terpaksa menguruskan segala kerja rumah dan dua anak mereka.

Jelasnya, suaminya sering berehat duduk di sofa sambil melihat telefon bimbit dan keluar memancing bersama rakannya selepas makan malam hampir setiap hari.

Zhang berulang kali meminta suaminya meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga berbanding rakan memancing, namun lelaki itu masih tidak mengendahkannya.

Akhirnya, Zhang memutuskan untuk bercerai dengan suaminya dengan menganggap tindakan tersebut merupakan jalan terakhir buat dirinya.

“Setiap hari, saya bangun sebelum pukul 6 pagi untuk menyediakan sarapan dan kemudian menghantar kedua-dua anak ke sekolah sebelum pergi ke tempat kerja.

“Saya yang mencuci pinggan, mengemas rumah, mengambil anak dari sekolah dan membantu mereka menyiapkan kerja sekolah, saya sudah penat.

“Namun, suami pula bangun selepas sarapan disediakan dan apabila balik dari kerja, dia hanya berehat duduk di sofa sambil bermain telefon bimbitnya. Selepas makan malam, dia terus keluar dan menghabiskan sepanjang malam memancing,” katanya sepertimana dilaporkan dalam dokumen mahkamah. 

Bosan dengan rungutan Zhang, lelaki dikenali sebagai Sun bersetuju untuk bercerai dengan isterinya.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo