NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Shahrir sepatutnya lapor RM1 juta yang diterima kepada LHDN

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberitahu bahawa bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Ab. Samad sepatutnya melaporkan RM1juta yang diterima kepada LHDN.

Tuan Zulkfli Tuan Lah, 48, yang merupakan Timbalan Ketua Unit Audit Meja Selebriti, Penghibur Awam dan Pelbagai, Bahagian Penaksiran LHDN, berkata ia perlu dilakukan kerana LHDN akan menentukan sama RM1juta itu adalah pendapatan yang perlu dicukaikan atau tidak.

“Tanggungjawab pembayar cukai adalah melaporkan pendapatan bergantung pada kategori tertentu. Wang sewaan atau komisen juga adalah pendapatan,” katanya.

Saksi pendakwaan ke- 21 itu berkata demikian ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Adzmi.

Sementara itu, saksi itu ketika Timbalan Pendakwa Raya Mohd. ‘Afif Ali sama ada pertuduhan ke atas seorang Ahli Parlimen adalah sesuatu perkara yang berat, saksi itu berkata sesiapa sahaja akan merasa malu jika didakwa di mahkamah.

“Bagi saya mana-mana individu dan siapa-siapa sahaja akan malu dan tercalar maruah dengan apa yang berlaku (pendakwaan di mahkamah).

“Tidak kira orang berpangkat atau biasa. Betul memalukan (kalau didakwa sebagai Ahli Parlimen). Sebagai orang biasa macam saya pun akan rasa malu,” katanya.

Pada Oktober lalu, saksi sama itu memberitahu mahkamah Shahrir tidak tidak pernah mengisytiharkan pendapatannnya melebihi RM1juta antara tahun 2013 hingga 2018.

Menurut saksi itu, pendapatan yang diisytiharkan oleh shahrir pada tahun 2013 ialah RM87,834.00, 2014, (RM128,104.00), 2015 (RM213,394.00), 2016 (RM189,545.00), 2017 (RM267,090.00) dan 2018 (RM193,191.00).

Pada tahun 2013 Shahrir menerima RM1juta namun pada tahun itu, Shahrir hanya mengisytiharkan RMRM87,834.00 kepada LHDN.

Saksi itu berkata berdasarkan peruntukan Seksyen 4 Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) dan kaedah-kaedah, apa-apa perolehan atau keuntungan lain yang diterima selain daripada penggajian, mana-mana individu wajib melaporkan perolehan tersebut kepada pihak LHDN.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung lagi esok.

Shahrir, 72, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April 2014 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo