NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengajaran daripada Kes Azeez, maafkan saya, bolehkah saya memberi pandangan?

Maafkan saya, bolehkah saya memberi pandangan?

Pandangan saya ini, saya tujukan kepada penyokong PH yang masih setia, utuh dan kuat dengan pimpinan mereka. Ada juga penyokong PH yang sudah kendur tahap kepercayaan mereka terhadap pimpinan mereka. Bacalah dengan fikiran yang waras.
Hari ini, kita menerima berita tentang pembebasan Datuk Azeez Rahim daripada kesemua sembilan pertuduhan rasuah dan penggubahan wang haram. Beliau dilepas dan dibebaskan. Bermakna, untuk kes ini, beliau tidak akan didakwa semula. Sama macam pengguguran kes terhadap LGE dulu, masa PH mula-mula memerintah.

Azeez daripada mula, telah menafikan berkenaan tuduhan itu. Beliau mendakwa dirinya dianiaya. Sehinggalah mahkamah mendapati ada kes untuk beliau dibicarakan. Setelah beliau mengemukakan bukti pihak beliau, maka, mahkamah melepaskan beliau tanpa bebas. Dan semalam tiada bantahan dari pihak pendakwaan atas keterangan Azeez, lalu beliau dilepaskan dan dibebaskan.

Wahai penyokong PH, adakah ini keadilan mahkamah? Bagi kamu yang membenci Azeez, pastinya berkata tidak. Bagi yang waras, akan berkata ya. Tetapi bukan keputusan kamu yang penting dalam kes Azeez ini, tetapi keputusan kamu memilih PH.

Azeez dibebaskan kerana mahkamah mendapati tiada kes setelah pendakwaraya bersetuju dengan bukti Azeez. Jadi, adakah kamu, penyokong PH, telah ditipu oleh pimpinan kamu sewaktu mereka mengheret Azeez ke mahkamah dengan berbagai tuduhan itu, kemudiannya akhirnya, tiada kes?

Atau kamu rasa ditipu kerana mahkamah kononnya membebaskan Azeez setelah BN dan PH bergabung? Sebenarnya kamu dibohongi dalam semua sudut. Kerana mempercayai Azeez sudah bersalah ketika dia ditangkap dahulu, hasil hasutan pimpinan kamu.

Kamu juga tertipu kerana mempercayai PH tidak akan sekali-kali bergabung dengan BN, kumpulan penyamun, penyakau dan perasuah itu. Dan akan ditipu lagi jika sekiranya ada kes-kes lain yang tertuduh dibebaskan.
Bos kamu kata tidak bersalah sebelum dihukum bersalah dalam kes Zahid, tetapi sewaktu berkempen, tiada satupun orang BN yang betul, lurus dan baik. Semuanya disahihkan sebagai jahat, penyamun, perasuah, tanpa proses mahkamah. Dan mereka itu kamu kutip tanpa rela, semasa mengundi PH dengan harapan BN dihukum, tetapi BN, sekarang kamu terpaksa dukung.

Terkini, pimpinan kamu berbohong dan memfitnah lagi, dengan menyatakan PN melakukan penyelewengan sewaktu berkuasa. Belum sampai tiga hari, semua tuduhan itu dibersihkan oleh menteri kamu sendiri, Tengku Zafrul. Kecuali kamu memang dilahirkan dan memilih untuk menjadi bodoh, maka percayalah segalan tohmahan ketua kamu.
Tetapi jika kamu mahu mencari kebenaran, maka putuskanlah kepercayaanmu dengan PH. Hanya dipenuhi penipuan dan fitnah, itulah kepuasan mereka.
Adakah bakal menyusul seterusnya Rosmah dan Najib? Kita cuma bayangkan sahaja, bagaimana riak wajah kamu semua, kalau ia benar-benar terjadi 😊

PN tenang sahaja, sebab jika semua pimpinan BN dibebaskan, kemudian PN bergabung semula dengan BN, semua dah suci, jadi tak ada isu penyelewengan dalam gabungan itu 🤣

Mohd Nasir Abdullah
9 Disember 2022

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo