NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lima timbalan menteri ahli keluarga tokoh politik utama


Timbalan menteri pentadbiran Anwar Ibrahim telah mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Pasukan ini gabungan muka baru dan berpengalaman - dan segelintir daripada mereka mempunyai pertalian keluarga dengan tokoh politik utama negara.

Antaranya ialah Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying.

Ahli parlimen kali pertama yang mewakili kawasan Tanjong itu merupakan anak kepada Lim Kit Siang dan adik kepada Lim Guan Eng.

Abangnya Guan Eng ialah pengerusi DAP dan pernah berkhidmat sebagai menteri kewangan dalam pentadbiran PH sebelum ini. Dia tidak diberikan jawatan kabinet kali ini.

Seorang lagi timbalan menteri daripada DAP, Ramkarpal Singh (reformasi undang-undang dan institusi), merupakan adik kepada timbalan pengerusi DAP Gobind Singh Deo.

Ramkarpal merupakan jurukempen utama pembaharuan undang-undang semasa dia menjadi ahli parlimen Bukit Gelugor.

Abangnya Gobind telah menolak jawatan menteri atas sebab yang tidak dinyatakan - tetapi menafikan ia berpunca kerana dia enggan bekerjasama dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, Timbalan Menteri Ekonomi Hanifah Hajar Taib pula merupakan anak kepada gabenor Sarawak dan bekas ketua menteri Sarawak Taib Mahmud.

Ini kali ketiga Hanifah memegang jawatan timbalan menteri. Terdahulu, dia pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri hal ehwal Sabah dan Sarawak di bawah pentadbiran Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.

Ketika memegang jawatan itu, Hanifah telah berulang kali mempertahankan keputusan Putrajaya untuk tidak mendedahkan laporan jawatankuasa kabinet mengenai pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.

Timbalan Menteri Sains dan Teknologi Arthur Joseph Kurup pula anak kepada ahli politik veteran Sabah Joseph Kurup - dan pewaris kepada jawatan presiden PBRS.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Mohammad Yusof Apdal ialah adik kepada Presiden Warisan Shafie Apdal.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo