NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS tegas dalam hal arak dan judi, tapi tak kekang hak Kebebasan agama lain - Steven Koh

KUALA LUMPUR – Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pulau Pinang minta pihak tertentu terutama ahli politik Pakatan Harapan (PH) berhenti menyerang parti itu dengan isu judi dan arak.

Ahlinya, Steven Koh menegaskan, sebagai masyarakat Cina, beliau faham dengan ketegasan Pas mengawal arak dan judi.

"Memang ada perkara yang Pas tegas dalam perjuangannya seperti mengawal aktiviti arak dan judi kerana semua ini perkara yang memudaratkan.

“Bagaimanapun, dalam ketegasan itu, Pas tidak pernah mengekang hak kebebasan agama lain.

“Ada perbezaan besar antara kawal dan haramkan, tetapi ramai musuh Islam memanipulasi isu ini,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Beliau terpanggil untuk memuatnaik status itu kerana ramai ahli politik dari PH cuba mengaitkan Pas dengan dana dari syarikat perjudian ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu. – MalaysiaGazette

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo