NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Altimet serah royalti lagu popular ‘penyamun’ sepanjang PRU15 kepada waris P. Ramlee

KUALA LUMPUR – Semua royalti lagu lagu Aduh Malaysia (Siapa sokong penyamun) diserahkan kepada waris seniman agung Tan Sri P. Ramlee.

Penyanyi dan pencipta lagu tersebut, Altimet yang juga Ketua Cabang PKR Ampang berkata, hak lupus royati itu akan berakhir 50 tahun lagi.

“Sebenarnya saya lepaskan semua royalti lagu ni kepada waris Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

“2022 antara tahun terakhir untuk waris-warisnya dapat hasil harta intelek dia.

“Hak ni lupus 50 (tahun) lepas pencipta meninggal. Lagi ramai org nyanyi lagi banyak dio oang dapat. So Terimalah kasih semua,” katanya.

Altimet mencipta lagu ‘Penyamun’ dengan mengubah lirik asal Ali Baba dengan 40 Penyamun hasil ciptaan P. Ramlee.

Lagu itu kemudian menjadi trending sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan digunakan oleh pemimpin serta jentera PH untuk bahan kempen.

Lagu itu ditujukan kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) yang dikaitkan dengan aktiviti mencuri duit rakyat sepanjang lebih 60 tahun memerintah.

Altimet mendedahkan sumbangan tersebut dalam Twitternya.

Beliau membalas ciapan seorang pengikut yang menggunakan akaun Syazihan.

Dalam Twitternya, Syazihan meminta Altimet supaya menuntut royalti daripada Perikatan Nasional (PN).

Ini kerana penyokong parti itu telah menyanyikan lagu tersebut bagi meraikan kemenangan calon PN Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin semalam.

“Altimet jgn lupa claim royalti kat PN guna lagu sempena kemenangan calon #PerikatanNasional di #PadangSerai #PRU15,” kata Syazihan.

Azman memperoleh kemenangan dengan majoriti besar iaitu 16,260 undi dalam PRK Padang Serai yang berlangsung semalam.

Beberapa klip video dikongsi di media sosial memaparkan ratusan penyokong PN yang berkumpul di luar Kompleks Sukan Berteknologi Tinggi Kulim yang menjadi pusat penjumlahan undi menyanyikan lagu itu. – MalaysiaGazette

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo