NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu dana RM600b: 'Tiada apa perlu diperjelaskan kerana tiada isu...' - Tengku Zafrul


KUALA LUMPUR:
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan tiada apa yang perlu diperjelaskan mengenai isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng oleh kerajaan terdahulu.

Bekas Menteri Kewangan di bawah Perdana Menteri Kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri itu bagaimanapun menjelaskan, beliau sedia bekerjasama jika dipanggil memberi keterangan kepada mana-mana badan siasatan.

Setakat ini, katanya, beliau tidak menerima panggilan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilaporkan media dijangka memanggil beliau bersama Muhyiddin dan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung dakwaan salah guna dana terbabit.

"Buat masa ini, tiada apa-apa panggilan daripada SPRM. Jika dipanggil, saya sedia memberi kerjasama. Apa yang lebih penting, tiada apa yang perlu disembunyikan," katanya kepada media selepas melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik penuh, BYD ATTO 3, di sini hari ini.

Ditanya mungkin beliau mempunyai penjelasan berhubung isu perbelanjaan dana RM600 bilion itu, Tengku Zafrul berkata, tiada apa yang perlu diperjelaskan buat masa ini kerana tiada isu yang boleh dibangkitkan.

"Jika ada panggilan (untuk membantu siasatan), kita akan beri kerjasama. Begitu juga dengan Kementerian Kewangan (MOF)," katanya.

Selasa lalu, SPRM dilaporkan sudah membuka kertas siasatan berhubung isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan terdahulu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, ketika dihubungi BERNAMA mengesahkan perkara itu, namun tidak mendedahkan butiran lanjut berhubung siasatan yang sedang dilaksanakan agensi berkenaan.

Kontroversi mengenai penggunaan dana kecemasan berjumlah lebih RM600 bilion ketika negara berdepan pandemik COVID-19 pernah dibangkitkan oleh bekas Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) negeri itu, Adly Zahari pada 15 November lalu.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada agensi berkaitan untuk menyiasat isu terbabit selepas dimaklumkan oleh MOF bahawa terdapat beberapa 'pelanggaran' dalam perbelanjaan dana berkenaan.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Bila dpt aje kuasa, semua skandal terowong pulau pinang & projek kapal LCS TLDM habis dibuat senyap begitu aje. Sbb itu semua politaik jahat pyamun, perasuah, pgkhianat & penipu berebut2 nk berkuasa lg nk apa cara sekalipun utk menutup kes2 mereka tadi la. Duit negara tlh pun disonglap tapi projek tk jalan2 hgga skrg.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo