NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Projek tebatan banjir RM15 bilion belum lulus, tiada SST dikeluarkan yang pelik Anwar batal projek ni?


KOTA BHARU:
Bekas Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan projek tebatan banjir bernilai RM15 bilion belum diluluskan dan tiada sebarang Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan kepada mana-mana syarikat.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, tidak timbul soal mahu membatalkan kelulusan projek berkenaan termasuk mengkaji semula peruntukan RM7 bilion yang dibangkitkan dan dikatakan melibatkan rundingan terus dengan pihak kontraktor.

“Saya tidak pernah menandatangani sebarang SST melibatkan projek tebatan banjir di bawah peruntukan berkenaan. Jadi tiada SST dikeluarkan kepada mana-mana syarikat dan projek tersebut belum lagi diluluskan.

“Tetapi secara peribadi saya rasa projek itu perlu diteruskan demi kepentingan rakyat. Isu tebatan banjir perlu diberikan perhatian serius,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Kelantanku Bersih di sini hari ini.

Ibrahim memberitahu, projek tebatan banjir yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini perlu diteruskan kerana isu bencana alam melebihi kepentingan politik.

Katanya, tanpa pelaksanaan projek tersebut tidak mungkin masalah banjir di Sungai Golok, Rantau Panjang, Pasir Mas serta Tumpat dapat diselesaikan.

“Ini melibatkan soal kepentingan rakyat. Sejak berpuluh tahun negara mengalami bencana banjir pada setiap tahun dan seolah-olah tiada langkah penyelesaian. Negeri-negeri di Pantai Timur pasti dilanda banjir pada setiap hujung tahun.

“Setiap kali banjir negara mengalami kerugian antara RM6 bilion hingga RM7 bilion. Kerana itu semasa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri, beliau melihat perlu ada dana besar diperuntukkan untuk menangani masalah banjir,” ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Pas berkata, projek di bawah peruntukan berkenaan belum dilaksanakan dan masih diperingkat meletakkan keutamaan perkara yang perlu dilaksanakan.

“Ia bukan hanya membabitkan projek tebatan banjir tetapi turut melibatkan naik taraf sistem seperti amaran awal banjir kepada pengguna di bawah Jabatan Meteorologi Malaysia.

“Ia membabitkan satu pakej besar tetapi satu pun belum diluluskan. Jadi terpulang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk teliti semula kerana itu hak beliau. Tetapi secara peribadi saya rasa projek itu perlu diteruskan demi kepentingan rakyat,” ujarnya.-UTUSAN



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo