NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAN serah memorandum siasat perbelanjaan RM600 bilion kerajaan PN

Mohd Sany Hamzan, Pengarah Biro Mobilisasi Parti Amanah Negara (PAN) dan Timbalan Biro Mobilisasi Pakatan Harapan bersama seluruh kepimpinannya, memohon agar Duli-duli Tuanku menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja dengan segera agar setiap perbelanjaan RM 600 Billion dapat disiasat secara menyeluruh dan bebas agar segara persoalan berkaitan dengannya dapat memulihkan kepercayaan rakyat dan masyarakat antarabangsa agar ekonomi negara dapat dipulihkan dan kegusaran rakyat jelata dapat diredakan.

Beliau memohon satu agar satu siasatan segera dan menyeluruh diadakan berkaitan dengan Peruntukan dan Perbelanjaan wang rakyat sebanyak RM 600 Billion oleh Perdana Menteri ke 8 secara terperinci.

Ini adalah kemungkinan satu kesalahan Jenayah Pecah Amanah Seksyen 408 dan Seksyen 409 Kanun Keseksaan. atau mana-mana perutukan undang-undang berkaitan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo