NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Lantikan TPM daripada golongan "Kleptokrat", permulaan hadapi pelbagai cabaran’

PUTRAJAYA – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pelantikan dirinya sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) merupakan satu permulaan dalam menghadapi pelbagai cabaran sebaik sahaja diberi amanah untuk memegang jawatan berkenaan.

“Ia bukan kemenangan sebuah perjuangan, namun adalah satu permulaan untuk menghadapi pelbagai cabaran yang akan tiba sebaik sahaja diberi amanah memegang jawatan ini.

“Terima kasih atas doa tidak henti dan sokongan begitu ikhlas daripada semua. Moga Allah akan membalasnya,” tulisnya menerusi ciapan di Twitter tadi.

Terdahulu, Ahmad Zahid berkongsi beberapa keping gambar yang memaparkan beliau bersama keluarga serta Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengikuti pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung lantikan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

“Mengikuti pengumuman Kabinet Malaysia oleh Perdana Menteri bersama keluarga tercinta, sahabat dan saf kepimpinan tertinggi parti di Yayasan Al Falah Country Height semalam.

“Tiada kata selain ucapan penuh syukur ke hadrat Allah Maha Esa atas takdir ini,” jelasnya.

Selain memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid juga dilantik sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menerusi Kerajaan Perpaduan yang turut menyaksikan sebanyak 28 kementerian diwujudkan. – KOSMO! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo