NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kira-kira 20,000 sertai Music Run CIMB 2022

Antara peserta yang mengambil bahagian acara Music Run CIMB edisi ketujuh di Technology Park Malaysia di Bukit Jalil. - Foto ihsan Music Run


KUALA LUMPUR: Edisi ketujuh Music Run anjuran CIMB di Technology Park Malaysia di Bukit Jalil, semalam menyaksikan rekod penyertaan kira-kira 20,000 peserta.

Berbeza daripada acara larian biasa, Music Run atau larian muzik ini dipenuhi dengan suasana yang menyeronokkan dan umpama berparti dengan diiringi muzik sepanjang perlumbaan 5 kilometer (km), sama ada dalam kategori larian mengikut masa atau fun run bertujuan membolehkan peserta menikmati gaya hidup sihat sambil bergembira bermula dari 3 petang hingga 9.30 malam.

Bagi memeriahkan suasana, acara turut menampilkan persembahan daripada warga Australia, Sam Withers dan Jesse Lawrence serta rakyat Malaysia yang sedang meningkat Saint Kylo, Airliftz dan Aida Azrin.

Perlumbaan ini dianjurkan kembali selepas dua tahun terhenti akibat pandemik COVID-19.

Pengarah Fresh Events Asia Events, Callum Meehan berkata keterujaan peserta dapat disaksikan menerusi jumlah mesej yang diterima di media sosial yang mahukan acara itu diadakan semula, selain 6,000 pendaftaran direkodkan pada hari pertama pendaftaran dibuka.

"Pada 2014, kami menganjurkan Music Run kerana kami mendapati peserta teragak-agak untuk melakukan aktiviti kecergasan seperti berlari. Misi kami sentiasa untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjalani gaya hidup yang lebih aktif dan mampan.

"Sehingga kini, acara ini disertai lebih 300,000 pelari merentasi 40 acara di 13 negara. Ciri unik acara berunsurkan muzik ini ialah 'sound track' yang mempunyai lebih 100 pembesar suara dibariskan di sepanjang trek larian, sekali gus memberikan rasa bertenaga kepada peserta untuk menikmati pengalaman yang menyeronokkan selain selamat dan sihat," katanya.

Callum berkata pihak penganjur turut mewujudkan kawasan khusus dinamakan OctoCity, bagi meningkatkan kesedaran mengenai kehidupan lestari melalui gerai interaktif dan pendidikan, yang menyediakan platform untuk peserta membiasakan diri dengan kelestarian dalam semua aspek.

Ini temasuk tenaga yang berpatutan dan bersih, sifar sisa makanan, dan fesyen yang mampan, katanya.

- BERNAMA



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )

© all rights reserved
made with by templateszoo