NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kereta Porsche guna bahan api diperbuat daripada udara, air

Gambar fail menunjukkan kereta Porsche 911 Carrera S. - AFP


BERLIN – Syarikat pengeluar kereta sports Porsche telah menggunakan bahan api dikenali sebagai bahan api sintetik yang diperbuat daripada hidrogen dan udara pada sebuah model kenderaannya, lapor portal berita Daily Star semalam.

Syarikat kereta sport ikonik dari Jerman itu mengisi salah sebuah daripada Porsche 911 dengan menggunakan bahan api sintetik yang diperbuat daripada udara dan air.

Ia telah menggunakan bahan api yang dikenali sebagai eFuel dengan menggunakan karbon daripada atmosfera dan hidrogen daripada air.

Ia dihasilkan di loji berkuasa angin tetapi bahan api tersebut berfungsi sama seperti petrol biasa. 

Situasi itu mungkin menyebabkan kereta hibrid yang menggunakan gabungan kuasa bateri dan bahan api masih boleh bergerak pada masa hadapan tanpa pemiliknya perlu beralih kepada tenaga elektrik.

Bahan api eFuel itu telah dihasilkan sebuah syarikat iaitu Highly Innovative Fuels yang menghasilkan sekitar 128,704 liter eFuel di Chile dan menurut Porsche, ia dijangka meningkat kepada kira-kira 548,884,708 liter dekad ini.

Pengarah Penyelidikan di Porsche, Michael Steiner berkata: “Potensi eFuel sangat besar. Pada masa ini terdapat lebih daripada 1.3 bilion kenderaan dengan enjin pembakaran di seluruh dunia.

“Kebanyakan daripada ini (eFuel) akan berada di jalan raya selama beberapa dekad akan datang dan eFuel menawarkan pemilik kereta sedia ada alternatif yang hampir neutral karbon.” – Agensi



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo