NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Fitnah : Beg tangan isteri MB Kelantan didakwa RM26,000, hanya berharga RM300

KOTA BHARU: Sejak semalam, tular kononnya isteri Menteri Besar Kelantan, Siti Zabidah Abd Hamid memakai beg berjenama yang bernilai RM26,000
Beberapa keping gambar tular ketika Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob bersama isteri menyambut kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat keadaan banjir yang melanda negeri itu, Khamis lalu.

Menjawab dakwaan yang tular di laman Facebook dan aplikasi WhatsApp itu, anak Menteri Besar yang dikenali sebagai Azma menerusi status di laman Facebooknya, menyatakan beg berkenaan sebenarnya adalah hadiah daripadanya dan adik-beradik.

“Beg tu sebenarnya hadiah dari kami anak-anak kepada umi sempena Family Day 2022 (Hari Keluarga 2022). X dok modal sungguh waso ore pon nk fitnah2… umi oyak kalau beg RM26,000, baik beli emas (tiada modal sungguh orang ramai hendak fitnah. Ibu kata kalau beg harga RM26,000 baik beli emas,” katanya.

Terdahulu, Unit Komunikasi Menteri Besar Kelantan (UKMB) menerusi Facebook, memaklumkan dakwaan kononnya isteri Menteri Besar Kelantan memakai beg didakwa bernilai RM26,000 adalah cubaan fitnah untuk menjatuhkan imej dan peribadi kepimpinan kerajaan negeri.

“Kali ini adalah cubaan fitnah untuk menjejaskan reputasi Menteri Besar Kelantan menerusi fitnah penggunaan beg tangan isteri Menteri Besar yang berjenama mewah tanpa sebarang bukti dan usul periksa berkenaan status barangan itu.

“Hakikat sebenar adalah beg tangan itu sekadar berharga sekitar RM300, bukannya mewah sehingga berharga RM 26,000 seperti didakwa.

“Dalam situasi musibah banjir, di saat kepemimpinan kerajaan negeri bertungkus lumus menguruskan, membantu dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat yang susah, masih ada satu pihak yang mengambil pendekatan fitnah bagi mengundang keresahan awam,” katanya.

Menurut kenyataan itu, rakyat tidak sepatutnya disajikan bahan fitnah dan persepsi jahat bagi tujuan membunuh karakter yang berniat jahat untuk menjejaskan kredibiliti dan integriti kepemimpinan kerajaan negeri.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo