NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kanak-kanak tiga tahun dikhuatiri lemas jatuh tali air



Sebaik menerima laporan, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) digegaskan ke lokasi untuk gerakan mencari dan menyelamat (SAR).

Beliau berkata SAR digerakkan selama hampir dua jam dengan empat kali selaman sebelum waktu maghrib dengan dibantu agensi lain serta penduduk kampung.

"Setakat ini tiada petanda positif berkaitan penemuan mangsa. Kita akan sambung pencarian malam ini hingga esok. Selain paras air yang dalam akibat dilimpahi air hujan, arus deras juga menjadikan aktiviti pencarian semakin sukar.

"Keadaan di dasar yang berumput dan dipenuhi akar pokok juga menyukarkan pencarian. Ada kemungkinan mangsa tersangkut di akar-akar pokok," katanya.

Sementara itu, bapa mangsa Mohd Sobrey Ramli, 32, berkata beliau bersama tiga anak termasuk Muhammad Sufi Eijas datang ke kawasan tali air tersebut dengan motosikal kira-kira 4 petang untuk bersiar-siar sebelum menghantar mereka ke kelas mengaji di kawasan berdekatan.

Beliau berkata sebaik tiba di tempat kejadian, Muhammad Sufi Eijas dan Muhammad Syakir Wafiuudin meluru turun daripada motosikal menuju ke tali air kerana teruja melihat ramai kanak-kanak sedang mandi-manda.

"Belum sempat saya turun dari motosikal, anak sulung datang beritahu Eijas (mangsa) hilang. Saya terkejut dan terus meluru ke tali air dan terjun untuk mencari Eijas," katanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Politeknik Kuala Terengganu.

Menurut Mohd Sobrey usahanya hanya sia-sia kerana arus di bawah air sangat deras dan dalam, justeru beliau terpaksa menunggu bantuan daripada pasukan penyelamat.

"Saya tidak sangka akan hilang anak dalam sekelip mata. Tak dapat nak gambarkan betapa sedih perasaan ketika ini," katanya.

-- BERNAMA




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo