NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

JPS keluar amaran banjir kilat di enam negeri Semenanjung dalam tempoh 24 jam

PETALING JAYA – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 24 jam di enam negeri Semenanjung.

JPS menerusi satu hantaran di laman Facebooknya pada pukul 2.30 petang tadi berkata, di Johor, daerah yang berisiko banjir kilat adalah Pontian, manakala di Negeri Sembilan adalah Port Dickson.

“Di Melaka, daerah yang berisiko pula adalah Melaka Tengah dan Jasin, diikuti dengan Pahang (daerah Kuatan, Lipis, Jerantut, Raub, Temerloh dan Pekan).

“Daerah-daerah di Perak yang juga berisiko untuk menghadapi banjir kilat adalah Larut Matang dan Selama, Kerian, Perak Tengah, Batang Padang, dan Hilir Perak, manakala di Selangor adalah daerah Sepang, Petaling dan Klang,” katanya.

Tambah JPS, notis ini dikeluarkan berdasarkan maklumat ramalan hujan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS Malaysia, terdapat risiko kejadian banjir kilat di beberapa lokasi sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan berlaku.

“Notis kesiapsiagaan ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut,” katanya.

Orang ramai diminta patuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir. Layari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa. – KOSMO! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo