NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Henti 'kambing hitam' Abdul Hadi Awang, pimpinan melalui teladan sementara ada (Bersama Video)


Ada percubaan untuk mengkambing-hitamkan Hadi Awang bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada penipuan PH dan BN pada PRU15. Saksıkan penjelasannya menerusi video di bawah atau di You Tube Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK SINI). Baca juga artikel berkait pendedahan yang sama di bawah video ini (skrol ke bawah untuk baca)


Berhenti kambing hitamkan Hadi Awang, pimpin melalui teladan sementara masih boleh

Saya terkilan dengan perangai segelintir pemimpin Pakatan Harapan yang cuba mengkambing hitamkan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut pemimpin-pemimpin ini, Hadi telah mengungkit perkara tertentu yang bersifat rasis dan fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun, apabila saya meneliti media sosial dan ceramah-ceramah Hadi sebelum Pilihan Raya Umum ke-15, saya tidak jumpa sepatah pun perkara yang menjadi bahan pertikaian itu.

Biarpun begitu, pemimpin PH tidak seharusnya mengungkit perkara lampau yang hanya mampu meregangkan lagi hubungan antara kaum.

Sebaliknya, pemimpin ini harus menunjukkan teladan yang baik dan menyantuni mereka yang tidak sehaluan dengan penghujahan dan tindak tanduk yang bersifat positif, penyayang, terbuka dan membina.

Jangan lupa, hubungan antara kaum retak teruk disebabkan tindak-tanduk PH dan UMNO yang mencetuskan dua kumpukan besar di negara ini – kumpulan neo-reformis, dan kumpulan neo-nasionalis-traditionalis.

Kumpulan neo-reformis majoritinya terdiri daripada orang-orang Cina dan India, manakala kumpulan nasionalis-traditionalis hampir kesemuanya terdiri daripada orang-orang Melayu-Islam.

Pelebaran ketara dalam jurang perkauman ini disebabkan penipuan PH dan Barisan Nasional terhadap penyokong mereka selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

Sebelum hari mengundi, PH mengecam pemimpin UMNO dan berjanji untuk tidak bekerjasama dengan Kleptokrat, namun memungkiri janji itu sebaik sahaja Pilihan Raya selesai.

Begitu juga, UMNO berjanji untuk tidak bekerjasama dengan Anwar dan DAP, namun memungkiri janji itu dengan bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan minoriti PH.

Disebabkan itu, saya khuatir hampir kesemua pengundi Melayu-Islam yang menyokong BN dan sebilangan tertentu pengundi bukan Melayu yang menyokong PH kesal dengan apa yang berlaku.

Rasa kesal ini telah mewujudkan dua kumpulan yang saya sebutkan di atas, di mana kumpulan neo-reformis diwakili terutamanya oleh masyarakat bukan Melayu, manakala kumpulan nasionalis-traditionalis hampir kesemuanya terdiri daripada orang-orang Melayu-Islam.

Saya optimis bahawa kebersamaan Melayu-Islam seluruh negara di bawah bumbung nasionalis-traditionalis akan menjurus kepada penyatuan ummah secara menyeluruh dalam tempoh enam hingga lapan bulan lagi.

Biarpun begitu, PH dan BN harus mengakui peranan mereka dalam pelebaran jurang perkauman di negara ini dan berhenti mengkambing hitamkan pemimpin dari kumpulan neo-nasionalis-traditionalis.

Ini akan hanya memarahkan lagi masyarakat Melayu-Islam yang sudah jemu dengan politik perkauaman dan kini dahagakan penyatuan ummah pada tahap yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Sebaliknya, PH dan BN harus memimpin melalui teladan sementara masih boleh dan meyakinkan pengundi bahawa mereka sanggup meraikan perbezaan pendapat dan akan berusaha untuk mengecilkan jurang perkauman yang wujud di negara ini.



........
Komen: Orang yang berfikir rasional melihat dengan mata hati.. tahu kebenaran


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo