NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Contohi Tunku, biar orang berkebolehan jadi menteri kewangan, Anwar diberitahu


PETALING JAYA:
Pengasas bersama Gerak Independent Tawfik Ismail menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim mencontohi Tunku Abdul Rahman dan memilih individu yang kompeten untuk memegang portfolio kewangan.

Bercakap kepada FMT, beliau menyatakan bahawa Tunku, perdana menteri pertama Malaysia, melantik HS Lee sebagai menteri kewangan apabila negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Menurutnya, Lee mempunyai “keupayaan” sebagai seorang ahli perniagaan dan boleh memahami “realiti dihadapi peniaga dan pengilang”.

Lee boleh melihat melangkaui politik, katanya.

Pada persaraannya pada tahun 1959, Lee memulakan Bank Pembangunan dan Komersial yang pada tahun 1984 menjadi bank kelima terbesar di Malaysia. Dua orang anak lelakinya menyertai bidang politik.

Tawfik, anak lelaki timbalan perdana menteri Dr Ismail Abdul Rahman, berkata Anwar tidak sepatutnya memegang portfolio kewangan kerana beliau perlu menggunakan masanya untuk menyatupadukan dan mentadbir negara.

“Ekonomi memerlukan orang yang kompeten, disebabkan senario global yang sentiasa rumit dan mencabar,” katanya.

Dilaporkan bahawa Anwar tidak mempertimbangkan untuk memegang sendiri portfolio kewangan. Bagaimanapun, Anwar juga telah dipetik sebagai berkata beliau akan melihat segala kemungkinan sebelum membuat keputusan.

Pada 26 Nov, kumpulan reformasi pilihan raya, Bersih mengambil maklum kenyataan Anwar dan berkata beliau tidak sepatutnya mempertimbangkan kedudukan itu sama sekali.

“Beliau tidak sepatutnya mempertimbangkannya walau sedikit pun kerana ia akan menghapuskan sebarang bentuk semak dan imbang dalam Jemaah Menteri.

“Tidakkah kita belajar daripada sikap tidak bijak Najib Razak?” kata Bersih dalam satu kenyataan, merujuk kepada skandal 1MDB yang berlaku ketika Najib menjadi perdana menteri dan menteri kewangan.

Anwar adalah menteri kewangan dan timbalan kepada perdana menteri paling lama berkhidmat di negara ini, Dr Mahathir Mohamad, sebelum beliau dipecat susulan krisis kewangan 1997 berikutan kejatuhan dengan Mahathir.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo