NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bakal menteri kewangan perlu tahu gerakkan ekonomi, kata pakar


PETALING JAYA:
Seorang ahli ekonomi menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menamakan menteri kewangan yang boleh menjadikan ekonomi berfungsi serta memiliki pengetahuan melangkaui bidang perakaunan dan kewangan.

Carmelo Ferlito dari Pusat Pendidikan Pasaran berkata, ini kerana perkara itu tidak berlaku ketika pelantikan dua menteri kewangan sebelum ini.

Beliau berkata, masa sukar semakin menghampiri dan Malaysia memerlukan “CEO untuk ekonomi Malaysia, dengan menteri-menteri sebagai pengurusnya”.

Beliau berkata, individu ini mestilah seseorang yang akan mengakui bahawa penggerak ekonomi adalah keusahawanan dan bukannya keputusan populis.

“Jadi ketua pegawai eksekutif ini mesti menyediakan rangka kerja institusi yang betul dan berfungsi yang akan membolehkan keusahawanan dan daya saing berkembang maju,” katanya kepada FMT.

Ferlito berkata, menteri kewangan mesti dapat memahami dinamik ekonomi dan memastikan kementerian seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Sumber Manusia tidak menghalang.

“Kementerian perlu memahami bagaimana tindakan mereka boleh memupuk keusahawanan dan bukannya melemaskannya seperti yang kita lihat beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.

Beliau berkata, ekonomi dan iklim pelaburan Malaysia terkesan akibat dasar terpisah seperti peraturan buruh yang ketat dan kawalan harga.

Seorang lagi ahli ekonomi, Shankaran Nambiar dari Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia, berkata menteri kewangan akan datang mesti memahami cara dasar berfungsi dan bagaimana ia mempengaruhi pasaran dan bahagian populasi yang berbeza.

Mengulas mengenai spekulasi bahawa Anwar boleh mengambil portfolio kewangan, Nambiar berkata ini mungkin bukan idea yang baik.

“Atas sebab tadbir urus yang baik dan juga kerana cabaran yang mungkin timbul tahun depan, mungkin tidak sesuai untuk perdana menteri menjadi menteri kewangan walaupun saya tidak meragui kecekapan Anwar,” katanya.

Anwar, yang merupakan menteri kewangan antara 1991 dan 1998, dijangka menamakan barisan Jemaah Menteri tidak lama lagi.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo