NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ezam dilantik Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia

Ezam Mohd Noor sebelum ini pernah bersama Umno dan PKR.

PETALING JAYA: Bekas ahli Umno dan pemimpin PKR Ezam Mohd Noor dilantik sebagai timbalan presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Ketua Penerangan PRM, Tan Kang Yap, berkata pelantikan Ezam diputuskan sebulat suara oleh jawatankuasa pusat parti itu pada 11 Dis lalu.

“PRM mengharapkan Ezam mengguna pakai pengalaman dan kebolehan kepimpinannya, dapat membawa parti ke arah yang lebih tinggi serta lebih jauh,” katanya dalam kenyataan.

Pelantikan dibuat selepas penyandang jawatan itu, Tan Chow Kang meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Ezam dan dipersetujui Ahli Jawatankuasa Pusat (AJKP) PRM.

Ezam sebelum ini meninggalkan PKR pada 2007 kerana hilang keyakinan terhadap bekas ketuanya, Anwar Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali untuk menyertai semula Umno semasa pentadbiran Najib Razak.

Pada 2016, beliau keluar Umno buat kali kedua.

Difahamkan, ketika itu kemasukan Ezam ke dalam PKR bagi membantu mengukuhkan politik Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden parti.

Sebelum menyertai PRM, Ezam yang juga aktivis era reformasi menyertai Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), salah satu parti serpihan PAS, 1 Mei lalu.

Visit website

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo