NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dari Nabi Yusuf, Imam Mahdi kepada tauke judi

Suatu masa dahulu, di sebuah negara, sekitar 90-an, ada seorang ahli politik yang menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan. Dia seorang yang petah berbicara, bisa menawan kalbu si pendengar, dengan bait-bait kata yang indah. Kurniaan Allah ucap cakapnya, memberikan kelebihan kepadanya. Dia juga diberi kepercayaan menjadi timbalan kepada pimpinan tertinggi negara itu.

Menangnya dia bagi jawatan timbalan itu dengan mengalahkan seorang veteran partinya. Menjadi rahsia umum kepada semua perwakilan yang kemenangannya itu kerana curahan hujan politik wang, pilihan cara kempennya waktu itu. Maka kalah dan terhinalah veteran partinya itu. Apa yang veteran itu ada? Hanyalah pengalaman dia berpolitik. Tetapi waktu itu parti kononnya memerlukan pemimpin yang berwawasan jauh bagi meneruskan perjuangan mereka. Jadi alasan kedua dia dipilih, selepas wang.

Setelah beberapa tahun menjadi Menteri Kewangan, tiba pada satu tahun, dia membentangkan bajet negaranya. Seperti biasa, bait-bait kata, bermadah, mempersona pendengar, dilafazkannya dengan lancar. Maka dia membandingkan bajet yang dibuatnya itu sama sebagaimana perancangan Nabi Yusuf ketika Mesir menghadapi kemarau. Tujuh tahun menyimpan, tujuh tahun berbelanja ketika kemarau.

Bangunlah lawan politiknya, seorang ulamak politik dunia Islam, lalu membantah kerana menggunakan nama Nabi Yusuf untuk menyamakan perancangan kewangannya dengan rasul yang mulia. Ditanya ulamak itu, adakah dizaman Nabi Yusuf, baginda turut membenarkan judi berlesen? Tidak boleh seenaknya menggunakan kemuliaan nabi bagi digandingkan kehinaan diri, hanya kerana mahu menempel dengan agama. Diamlah dia kerana dia mempunyai dua rakan baik tauke judi, Vincent dan Nalla.

Masa berlalu, dia kemudiannya ditendang keluar oleh partinya. Berbagai tuduhan yang diterima dan akhirnya dia ke penjara. Beberapa kali keluar masuk penjara. Ada dari kalangan penyokongnya membandingkan sekali lagi keadaan beliau seperti Nabi Yusuf, walaupun kehidupannya, ramai orang tahu, bagaimana. Nabi Yusuf sanggup ke penjara kerana mengelakkan fitnah dan keluar dari penjara dengan dibersihkan sendiri oleh pemfitnahnya. Namun dia pula, tidak mahu ke penjara, sanggup memfitnah rakannya untuk menjadi ketua di sebuah negeri. Bebas penjarapun bukan asbab dia bersih.

Tidak cukup dengan Nabi Yusuf, ada kalangan pemujanya membandingkan pula dirinya dengan Imam Mahdi. Bakal Imam Mahdi ini sering dilihat berjoget, bersalam dengan bukan mahram, menipu, memfitnah, melakukan ritual musyrikin dan banyak lagi perkara mungkar yang dilakukan. Di sini, bukan isu dosa peribadi yang mahu diketengahkan, moga Allah ampunkan, tetapi isu berkenaan perbandingan peribadi yang hina amat jauh dari kemuliaan peribadi rasul dan Imam Mahdi yang aqidahnya suci.

Dan bakal Imam Mahdi ini juga kelihatannya masih beramah mesra dengan tauke judi, hadir perjumpaan di restoran yang dipenuhi arak, mesra dengan yahu-di, malah mahu melindungi kepentingan mereka. Berapa ramai kawan-kawannya, cerdik pandai yang beragama, rapat semenjak dahulu, seorang demi seorang telah meninggalkannya. Tidak akan terjadi begitu kepada Imam Mahdi, kerana Imam Mahdi dibaiah oleh orang yang tahu agama dan mengenali beliau atas nama agama, bukan oleh tauke arak dan judi. Pengikut Imam Mahdi menjadi semakin ramai dan beriman.

Sehingga sekarang, bakal Imam Mahdi itu telah ada kuasa lebih besar, tetapi masih bergelut dengan isu judi, lalu dia memfitnah orang lain terlibat dengan judi. Imam Mahdi dan Nabi Yusuf, wajib tahu judi dan fitnah itu haram dan berdosa dan mereka pasti menghapus dan menjauhinya. Tetapi dia, tidak. Dia tidak mampu menghapuskan judi, sama seperti zaman dahulu sewaktu dia menjadi Menteri Kewangan. Menipu, fitnah, terlibat dengan kelulusan judi, semua itu masih belum menginsafkannya. Malah orang lain yang ikut Islam mengharamkan judi pula dia buat sebagai musuh. Dia berkawan dengan perasuah.

Nabi Yusuf bukan pendendam, memaafkan walau kepada adik beradiknya yang jelas berkhianat, tetapi dia, dicari musuhnya. Begitu juga anak buahnya, langsung tiada malu mengugut, walaupun dunia tahu mereka menipu rakyat. Mana mungkin pengikut Imam Mahdi begitu. Bagi pentaasubnya, beliau tetap Imam Mahdi dan Nabi Yusuf, walau apa dosa sekalipun dilakukan. Tetapi ulamak, golongan yang faham agama tahu, ini adalah kesesatan yang nyata. Semoga di Malaysia tidak akan ada pemimpin sejenis ini. Semoga Allah kalahkan mereka dengan apa cara sekalipun walau di mana sekalipun spesis ini memerintah.

8 Disember 2020

( Hide )
  1. letak gambar Anuar, dia xda bandingkn dgn nabi. motif? mohon 1media, kuatkn AQIDAH.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo