NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Krisis bahan api semakin parah, Syria arah institusi negara tutup 2 hari

DAMSYIK, 13 Jamadilawal 1444H, Khamis – Syria memutuskan untuk menutup institusi negara selama dua hari bulan ini susulan kekurangan bahan api.

Negara bergolak itu terus mengalami gangguan dalam bekalan bahan api dan sekatan antarabangsa berterusan yang dikenakan ke atas rejim Bashar al-Assad.

Menurut media kerajaan Syria, institusi dan agensi kerajaan di kawasan yang dikawal oleh Damsyik akan ditutup pada 11 dan 18 Disember, dilaporkan selepas ramai pekerja tidak dapat bekerja kerana pengangkutan awam terjejas teruk.

Keputusan rejim itu dibuat di tengah-tengah krisis bahan api berterusan yang melanda negara itu sejak beberapa tahun lalu, disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk sekatan ke atas pelanggaran hak asasi manusia dan jenayah perang perkhidmatan keselamatan Syria.

Selain itu, kelewatan teruk dalam penghantaran bahan api dari Iran turut mempengaruhi isu berkenaan walaupun baru-baru ini peningkatan bekalan sebanyak sejuta tong sebulan bagi mencapai tiga juta tong sebulan.

Kebanyakan wilayah di mana medan minyak berpusat juga berada di bawah kawalan tentera Amerika Syarikat (AS) dan militia Kurdish yang disokongnya, bermakna pengeluaran minyak rejim telah menurun daripada 380,000 tong minyak sehari sebelum perang kepada sekitar 80,000 sehari.

Akibatnya, krisis bahan api menjejaskan hampir setiap sektor dan industri, dengan komoditi penting diperlukan bagi penjana kuasa yang membekalkan kilang, rangkaian telekomunikasi dan institusi lain.

Bahkan subsidi bahan api kerajaan dilaporkan tidak banyak membantu, kerana pemandu menerima 25 liter setiap 20 hari dan bukannya setiap 10 hari seperti yang dijamin.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Syria minggu ini juga meningkatkan lebih daripada dua kali ganda harga bahan api bersubsidi. – Agensi


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo