NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Bukan ahli sekalipun, saya masih sokong UMNO” – Annuar Musa

“Bukan ahli sekalipun masih lagi boleh sokong UMNO. Saya bukan jenis yang lari ikut suka dan tambah perpecahan,” itu kata bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa susulan pelawaan jemputan kenduri dan berceramah di majlis Pas di dua daerah di negeri ini pada Sabtu.

Menurutnya beliau mengakui menerima jemputan ke majlis kesyukuran kemenangan Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Tumpat dan Kota Bharu, namun menolak pelawaan itu secara baik.

“Saya jawab terus, nanti dulu, baru cerai tiga hari masuk meminang dah.

“Di TikTok, Muslimat Pas Melaka kata kalau rumah tu terbakar datanglah tinggal rumahnya walaupun tak besar dan tak mewah sangat.

“Perhubungan Pas telefon jemput jamuan sembelih lembu dan ceramah di Tumpat, tetapi nanti dulu, biar lepas edah. Kalau suami mati pun ada tempohnya, jangan gelojoh,” katanya.

Menurutnya walaupun baru tiga hari ditalak UMNO sudah ada parti dah mahu masuk meminang jadi pemecatan itu tidak sesekali menggugat dirinya daripada terus bersemangat dalam berpolitik.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo