NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ukraine berjaya bom bandar Melitopol yang ditawan tentera Russia

MELITOPOL, 17 Jamadilawal 1444H, Isnin – Tentera Ukraine berjaya meletupkan bandar Melitopol yang ditawan Russia sehingga menyebabkan puluhan terbunuh.

Bandar yang didiami kira-kira 150,000 penduduk dilaporkan meletup dengan kuat sehingga kebakaran terus marak dan kesan letupan masih didengar sehingga semalam.

Beberapa kawasan yang diletupkan termasuk hotel dan kompleks restoran, Hunter Halt di pinggir bandar tersebut.

Datuk Bandar Melitopol, Ivan Federov berkata, kompleks berkenaan terpaksa dijadikan tempat berteduh kepada lebih 300 pasukan tentera selepas puluhan daripada mereka dilaporkan terkorban dan cedera.

Mangsa yang cedera dihantar ke hospital Crimea dan ambulans kini ditukar untuk menempatkan mayat mangsa terkorban.

Bagaimanapun tentera Ukraine tidak memberikan maklumat jelas tetapi memaklumkan sasaran utama adalah berek yang menempatkan pasukan Russia.

Amerika Syarikat (AS) yang membekalkan sistem peluru berpandu pelbagai pelancar jarak jauh, seperti HIMARS didakwa membantu Ukraine dalam serangan balas terhadap tentera Russia. – Agensi


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo