NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Speaker akan tentukan kekosongan kerusi Parlimen selepas dapat notis'


KUALA LUMPUR
: Speaker Dewan Rakyat akan menentukan sama ada kerusi Parlimen di Sabah kosong atau tidak hanya selepas menerima notis mengenai tindakan lompat parti yang dilakukan mana-mana Ahli Parlimen terbabit.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, berkata mengikut Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi tugas Speaker untuk menentukan kekosongan selepas diberikan notis.

Bagaimanapun, Azhar enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada empat Ahli Parlimen BERSATU di Sabah iaitu Armizan Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang) perlu mengosongkan kerusi mereka selepas mengumumkan keluar parti.

"Saya tidak boleh prasangka (prejudge) perkara itu," katanya kepada BH, ketika dihubungi hari ini.

Sabtu lalu, pemimpin BERSATU Sabah termasuk semua wakil rakyatnya mengumumkan keluar daripada parti itu.

Dalam satu kenyataan, Ketua Menteri yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Hajiji Noor, berkata keputusan itu dibuat selepas menimbangkan landskap politik Malaysia ketika ini, terutama di Sabah.

Beliau berkata, kerajaan negeri yang ditunjangi Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) juga mengambil kira nasihat Yang di-Pertuan Agong mengenai pembentukan Kerajaan Perpaduan Persekutuan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengikut undang-undang anti-lompat parti yang dibuat melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan, Ahli Parlimen akan kehilangan kerusi jika mereka melompat ke parti lain.

Pengecualian untuk Ahli Parlimen yang dipecat parti atau jika parti mereka dibubarkan atau dibatalkan pendaftaran.

Mengikut prosedur, Ahli Parlimen akan memaklumkan Speaker Dewan Rakyat berlaku kekosongan dan selepas pengesahan, beliau akan memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya kerusi itu diisi dalam masa 60 hari.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo