NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Annuar umpama ‘api dalam sekam’ – Isham

PETALING JAYA – Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil menyifatkan bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa sebagai ‘api dalam sekam’ untuk parti itu, ketika ini.

Isham berkata demikian bagi membalas kenyataan awal Annuar di laman Facebooknya hari ini yang mendakwa UMNO umpama sebuah rumah yang sedang terbakar.

Tambah Isham lagi, ‘api’ itu sengaja di bakar oleh orang dalam rumah berkenaan (UMNO) supaya lebih ramai merempat dan menumpang di ‘rumah’ orang lain.

“Saya juga ada mimpi semalam, saya mimpi dalam rumah kita ada api dalam sekam. Api itu mahu bakar rumah kita supaya kita merempat dan pergi menumpang rumah orang lain.

“Orang lain itu adalah tuan kepada api ini dan dia sudah lama mahu bakar rumah kita dan halau kita keluar dari rumah sendiri.

“Sebelum rumah kita terbakar, kita perlu keluarkan api dalam sekam ini. Baru rumah kita selamat dan keluarga kita bahagia,” tulisnya di laman Facebook hari ini.

Terdahulu, Isham berterima kasih kepada Annuar kerana sudi berkongsi kisah mimpi dan igauannya itu di laman sosial.

“Mungkin Tan Sri impikan nak jadi menteri lagi tapi tidak jadi dan tiada rezeki, tidak mengapa, reda sahajalah ketentuan Allah SWT, Dia penentu segala.

“Kita hanya manusia yang berusaha, jika Allah tidak izin, maka adalah sebabnya. Menang itu penting, namun bagaimana kita menang itu lebih penting, jika sumber kemenangan itu tidak berkat, maka kifarah akan bersemuka,” katanya.- KOSMO! ONLINE


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo