NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Abang Mat Sabu, Mana Pergi Telur Ayam Kami?

Sehari dua ni heboh isu telur ayam. YB Mohamad Sabu aka Abg Mat Sabu Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan keluar kenyataan media bertajuk “Keterjaminan Bekalan Telur Ayam Dalam Negara” yang mengariskan langkah Kementerian beliau yang mencadangkan untuk import menyelesaikan isu kekurangan telur ayam dalam negara. 

Pertamanya saya tak faham macam mana Menteri boleh keluar kenyataan tanpa melihat data dan statistik. Amat penting bagi sesuatu tindakan mestilah berdasarkan kepada maklumat yang tepat. Kemudian cari punca sebenar masalah dan baru cari penyelesaian.  

Kedua Abg Mat kena faham, kita tidak mengalami kekurangan telur diperingkat ladang. Malah kadar sara diri (SSL) bagi telur dan ayam adalah melebihi 100%. Ini bermakna telur yang dihasilkan dalam negara adalah mencukupi untuk penggunaan dalam negara.

Jadi mana pergi telur ayam kita? Ayam sakit? Ayam tak nak bertelur? Ayam mogok? Persoalan itu sepatutnya Abg Mat kena tanya dan fokus. Bukan cepat sangat nak import telur ayam luar. Siapa nak import? Siapa dapat kontrak? Kan banyak soalan yang kena jawab. Paling penting adakah ia akan selesaikan masalah kekurangan telur ayam?

Jadi apa nak buat? let me advise you.

1. Sekat semua eksport telur ayam sehingga bekalan dalam negara mencukupi. Selagi tak cukup jangan benarkan eksport. Strategi sama dibuat ketika zaman Dato Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dalam menangani kerenah kartel dalam isu kekurangan bekalan ayam. Ini sangat ditakuti oleh kartel sebab harga jual diluar lebih mahal. Keuntungan lebih besar. Hit them where it hurts the most.

2. Buat akta baru yang akan mengawal selia pembekal makanan utama. Dengan akta ini, Kerajaan akan dan boleh pantau semua pembekal makan utama. Syarikat besar ni tak banyak. So, it is not difficult to regulate them. 

3. Kenal pasti setiap kapasiti pengeluaran syarikat-syarikat utama. Sekiranya pengeluaran merosot buat pemantauan. Gunakan penguatkuasaan untuk siasat. Sekiranya didapati berlaku pelanggaran dan terdapat unsur sorok bekalan, ambil tindakan undang-undang. Tarik lesen dan sebagainya. 

4. Sudah tiba masanya perlu ada usaha bersepadu GLC Persekutuan seperti Khazanah, Felda dan GLC Negeri untuk membina dan mempunyai sistem penternakan lengkap dan berintegrasi bagi menghasilkan ayam pedaging dan ayam penelur bagi menjamin keterjaminan makanan. Saya yakin beberapa GLC telah memiliki sebahagian dari sistem ini. Felda sudah memiliki feed mill. Jabatan Veterinar sudah memiliki poultry. Beberapa GLC negeri juga sudah memiliki reban dengan kapasiti sederhana. Abg Mat hanya perlu menyelaras dan membesarkan kapasiti mereka. Bantu mereka dengan pendanaan dan koordinasi.

Besar tanggungjawab Abg Mat untuk memastikan food security dan food sovereignty. Kita ada tanah yang subur dan luas. Kita ada hasil bumi yang banyak. Abg Mat hanya perlu berani. Ambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba bermain dengan bekalan makanan negara. Harap Abg Mat berani. Jangan bimbang kalau DAP marah, kami ada. Kami akan sokong Abg Mat dalam hal ini. 

Leicester UK

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo