NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahmad Maslan sahkan Anuar Musa dipecat

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mengesahkan Annuar Musa antara tiga pemimpin akar umbi parti itu dipecat keahlian masing-masing dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam tadi.

Annuar, ketua Umno Bahagian Ketereh, bersama parti itu sejak 1979. Beliau digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) pada PRU15.

Beliau sebelum ini dilabel sebagai “mesra Bersatu” oleh penyokong Umno kerana desakannya untuk menyatukan parti itu dengan PAS dan Bersatu.

Ahmad berkata, MKT Umno mengambil tindakan itu mengikut Fasal 10.6 Perlembagaan, yang memberi hak kepada parti untuk melucutkan keahlian mana-mana ahlinya.

Katanya, ia termasuk jika seseorang ahli Umno terbukti melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan parti serta perkara mengenai tata etika ahli.

“Dua lagi ahli Umno dilucutkan keahlian adalah Ketua Wanita Umno Bahagian Arau Shamsiah Yasin, yang juga isteri bekas ketua Umno bahagian itu, Shahidan Kassim serta Ketua Wanita Umno Bahagian Maran Fatimah Kassim, yang juga isteri penyandang kerusi Parlimen Maran, Ismail Abd Muttalib.

“Pemecatan mereka berkuat kuasa serta merta dengan surat rasmi perlucutan keahlian akan dihantar hari ini,” katanya menurut Berita Harian.

Bulan lalu, Shamsiah dan Fatimah dilaporkan digantung sementara seluruh jawatan mereka selepas didapati terbabit secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan pada PRU15.

........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo