NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zahid perlu letak jawatan kata Ismail Sabri


Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu berjiwa besar mendengar pandangan ahli-ahli parti UMNO untuk beliau meletak jawatan sebagai mengambil tanggungjawab atas kekalahan teruk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Itu pendirian tegas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai mesej kepada Presiden UMNO itu untuk mendengar pandangan ahli-ahli parti dan tidak boleh bertindak memekakkan telinga sahaja.

Naib Presiden UMNO itu berkata, setiap kepimpinan mana-mana pertubuhan pasti mengambil tindakan sama apabila parti mengalami kekalahan, pastinya ada seorang pemimpin mesti dipertanggungjawabkan.

“Presiden mesti berjiwa besar (meletak jawatan), mesti mendengar pandangan daripada ahli, tidak boleh memekakkan telinga sahaja dari segi pandangan ahli, tak boleh.

“Ini adalah pandangan dari ahli dan setiap kepimpinan dalam pertubuhan mana-mana apabila parti mengalami kekalahan dan sebagianya ada seorg mesti dipertangungjawabkan.

“Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak), bila kalah hari ini (PRU14), esok terus letak jawatan. Itu pemimpin berjiwa besar. Jadi saya percaya Datuk Zahid juga seorang pemimpin berjiwa besar. Saya harap beliau fikirkan dan ambil kira pandangan ahli tentang apa yang patut dilakukan,” katanya dalam satu video Tiktok.




Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo