NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kepala dihentak, usus pecah, budak maut didera bapa tiri


PETALING JAYA:
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun maut dipercayai didera bapa tirinya di rumah mereka di Kajang.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di kepala akibat dihentak objek tumpul selain ususnya pecah.

Ketua Polis Daerah Kajang Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang menaiki ambulans selepas tidak sedarkan diri, 11.33 malam semalam, tetapi meninggal dunia dalam perjalanan.

“Hasil pemeriksaan bedah siasat yang dijalankan oleh doktor pakar hari ini mendapati punca kematian mangsa adalah dipercayai daripada kesan hentakan benda tumpul pada bahagian kepala dan perut yang menyebabkan usus pecah.

“Selain itu terdapat juga kesan-kesan cedera lebam di bahagian punggung, buah dada dan lengan tangan mangsa,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, pihak polis dari Cawangan Jenayah Berat Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menahan bapa tiri mangsa berusia 53 tahun, 2.25 petang tadi di pekarangan Hospital Serdang.

“Siasatan lanjut mendapati suspek mengaku ada memukul mangsa sebelum ini termasuk menggunakan baldi di dalam tandas akibat marah dengan mangsa yang sering membuat masalah di rumah ketika ketiadaan isterinya di rumah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori dan gantung sampai mati sekiranya disabitkan kesalahan,” katanya.

Beliau turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat kejadian supaya berhubung dengan polis termasuk pegawai penyiasat Ray Erindra Raj di talian 019-6616640.







Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo