NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zahid Hamidi 'pancung' Noh Omar


PETALING JAYA:
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor dan menteri persekutuan, Noh Omar digugurkan daripada senarai calon gabungan itu pada pilihan raya umum ke-15.

Kelmarin, Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi menamakan kebanyakan calon gabungan itu, kecuali untuk kerusi Tanjong Karang, Bandar Tun Razak, Tumpat, Kuala Nerus, Jempol dan Kuala Pilah, yang menimbulkan persoalan berhubung nasib Noh.

Setiausaha Agung BN, Zambry Abd Kadir dalam kenyataan berkata, kerusi Tanjong Karang akan ditandingi Habibah Mohd Yusof.

Zambry turut mengesahkan pencalonan Khairuddin Aman Razali dan Che Abdullah Mat Nawi untuk mempertahankan Parlimen Kuala Nerus serta Tumpat, yang dimenangi mereka atas tiket PAS pada PRU14.

Beliau turut mengumumkan calon BN bagi baki empat kerusi di KL dan Negeri Sembilan.

Parlimen Batu akan ditandingi A Kohilan Pillay daripada MIC, manakala Chew Yin Keen daripada MCA di Bandar Tun Razak. Shamsulkahar Mohd Deli serta Adnan Abu Hassan daripada Umno akan bertanding di Jempol dan Kuala Pilah.

“Daripada tujuh kawasan ini, Tumpat dan Kuala Nerus akan menampilkan calon secara ‘direct’ BN atas sifat keterbukaan dan perpaduan.

“Dengan pengumuman ini, ia menjadikan jumlah kerusi yang akan ditandingi BN bagi kawasan Parlimen sebanyak 178.”

Pengesahan Zambry atas pencalonan Kohilan turut menamatkan spekulasi berhubung kerusi itu. Rabu lalu, MCA mendakwa ia akan bertanding di kerusi Batu, sebelum disangkal MIC beberapa jam kemudian yang mereka akan meletakkan calon di sana.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo