NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zahid dan Anwar cuba menekan PN, menerima PH-PN bergabung


Semalam, Agong meminta PN dan PH bekerjasama menubuhkan kerajaan, namun PN menolak. Mengikut Raja Petra idea ini adalah rancangan Anwar ingin menjadi PM melalui pintu belakang. Macam mana Anwar boleh hantar 30 MP BN sedangkan BN membuat keputusan tiada kerjasama BN-PH. Depan cakap lain belakang buat lain. Itu PH ceramah berapi-api tetapi mereka sebenar bercium mulut antara satu sama lain (Anwar-Zahid)

Tiada satu pun antara kedua parti itu mempunyai bilangan mencukupi bagi membentuk kerajaan. Itulah sebabnya mengapa Ahli Parlimen BN dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Mereka ingat boleh perdayakan YDPA tetapi tekanan kepada BN apabila YDPA nak jumpa secara individu MP BN.

“Jadi, tekanan berbalik kepada BN. Pagi ini gabungan itu mahu kekal sebagai pembangkang, namun sekiranya mereka tidak memecahkan kebuntuan dan kerajaan tidak dapat ditubuhkan, rakyat akan menyalahkan mereka. (PN)” kata sumber UMNO.

Mereka nak jadi PN sebagai kemarahan rakyat.

Sumber berkata, rakyat dan pasaran kini berada dalam situasi ketidaktentuan berhubung kegagalan parti politik bekerjasama demi membentuk kerajaan.

“Ahli Parlimen BN kembali kepada asal dan berbincang pilihan yang ada. Tetapi, timbul kebimbangan serius mengenai kesan bekerjasama dengan PN.”

Puak Kluster Mahkamah memberikan alasan kononnya dengan berkata, PN bukannya gabungan berbilang kaum seperti PH dan bekerjasama dengan PAS akan menjejaskan imej dan kredibilitinya sebagai parti berbilang kaum, gabungan yang sederhana. Kononnya pelabur akan lebih selesa dengan kerajaan gabungan sederhana.

Mereka membuat andaian bahawa Umno akan ‘ditelan’ Bersatu dan PAS sekiranya parti itu membantu PN membentuk kerajaan. Sedangkan mereka tidak mengambil kira bagaimana PAS dan BERSATU membantu mereka termasuk di Sabah sebagaimana dinyatakan oleh Annuar Musa. Mereka berkata lagi Bersatu ditubuh untuk memusnahkan Umno. Jadi, jika Umno membantu Bersatu menubuhkan kerajaan, Umno hanya menunggu masa untuk dimusnahkan.

Puak kluster mahkamah menjadi dominan kerana ramai yang menentang telah dicantas semasa PRU15 lalu.

Satu lagi strategi mereka ialah memecahkan gabungan PN dengan Sabah dan Sarawak. Termasuk dalam isu kristian dan memaksa GPS membuat keputusan yang menetang PAS. Begitu juga dengan Sabah kononnya GRS nak ganyang UMNO di Sabah.

Semuanya ini adalah permainan licik Anwar-Zahid.

Selagi Anwar ada di bumi Malaysia, selagi itu Malaysia tidak akan aman. Percayalah wahai anak muda Anwar adalah masalah politik Malaysia sejak 20 tahun lalu. Dia adalah duri dalam daging yang akan menyakiti rakyat Malaysia.

Cabutnya, Isnya-Allah Malaysia akan sembuh.

NASIR RAMLEE




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo