NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anuar Zaini mohon maaf fitnah Bersatu dan PN Perak

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini memohon maaf kepada BERSATU Perak berhubung dakwaannya parti itu berebut jawatan Menteri Besar dengan PAS serta mahu keluar daripada Perikatan Nasional (PN).

Beliau mengakui menulis perkara tidak sahih dalam sebuah kumpulan aplikasi WhatsApp berhubung perkara itu yang kemudian ditularkan.

"Kpd (Kepada) Dato Zainol Fadzil saya sangat mohon maaf kerana memasukkan elemen tidak sahih yang disampaikan kpd saya.

"Saya mohon maaf di atas kesilapan fakta tersebut," kata beliau dalam mesej menerusi WhatsApp kepada Berita Harian malam tadi.

Terdahulu, Setiausaha BERSATU Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, tiada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BERSATU mengeluarkan kenyataan seperti didakwa.

Beliau berkata, pihaknya memang tidak mahu mengulas tetapi kenyataan itu menjadi tular dan menjatuhkan kredibiliti BERSATU.

Menurutnya, beliau perlu memberi penjelasan bahawa tiada ADUN BERSATU mengeluarkan kenyataan seperti didakwa, iaitu jika Menteri Besar daripada PAS mereka akan keluar daripada PN.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo