NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pasca-PRU15: Model CSA lebih sesuai untuk bentuk kerajaan minoriti - Pakar Perlembagaan

KUALA LUMPUR: Perjanjian keyakinan dan pembekalan (CSA) adalah model yang dirasakan terbaik dalam membentuk kerajaan minoriti berbanding perjanjian membentuk kerajan 'koalisi' (campuran) antara parti.

Bagi pengamal undang-undang Perlembagaan, Abdullah Abdul Rahman, ia dapat menjadi wadah penyatu yang lebih sesuai terhadap beberapa perkara ketika setiap parti politik mempunyai prinsip yang berbeza.

Pada ketika ini, di mana pembentukan kerajaan perlu disegerakan, beliau berkata, harus diingat bahawa ada beberapa negeri lagi yang belum menjalani Pilihan Raya Negeri (PRN).

Lantas, katanya, kebersamaan dalam membentuk 'koalisi' itu dilihat boleh menimbulkan komplikasi lanjut.

“Tak boleh menjangkakan pihak-pihak ini untuk duduk dalam satu kerajaan 'koalisi' tetapi pada masa sama mereka nanti akan bertentangan antara satu sama lain dalam PRN tersebut.

“Model CSA ini adalah satu perkara yang terhad kepada beberapa isu. Malah kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri tempoh hari pun mempunyai CSA yang terhad kepada beberapa isu.

"Dan ini tak menghalang mereka masuk ke dalam PRU15 dan menandingi satu sama lain,” katanya dalam program Agenda AWANI Malaysia Memilih pada Selasa.

Oleh itu, Abdullah berkata, beliau melihat kenyataan bekas Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan supaya parti itu boleh menyatakan sokongan kepada mana-mana parti untuk membentuk kerajaan, tetapi kekal menjadi pembangkang, adalah wajar.

Enam negeri yang tidak membubarkan kerajaan tempoh hari diberi masa hingga Julai tahun depan untuk memilih perwakilan Dewan Undangan Negeri yang baharu.

Walaupun itu juga perlu disegerakan, Abdullah berpandangan, lebih elok PRN-PRN tersebut tidak dilakukan secara serentak dan mungkin boleh dijalankan satu setiap sebulan.

- Awani

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo