NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Veteran cadang bekas tentera jadi Menteri Pertahanan

Ismail (dua dari kanan) berkata, golongan itu lebih memahami keperluan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan perjuangan membela nasib veteran. - Gambar/ Sinar Harian


KUANTAN: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) mencadangkan kepada Perdana Menteri agar jawatan Menteri Pertahanan atau Timbalan Menteri Pertahanan, diberikan kepada bekas tentera.
Presidennya, Datuk Ismail Abidin berkata, ini kerana golongan itu lebih memahami keperluan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan perjuangan membela nasib veteran tentera, terutama yang tidak mempunyai pencen.
Tambah Ismail, kerajaan juga dicadangkan untuk melantik seorang dalam kalangan veteran tidak berpencen sebagai senator supaya dapat membawa suara dan masalah dihadapi veteran kepada Perdana Menteri.
“Kita minta supaya pelantikan Menteri Pertahanan dan Timbalan Menteri Pertahanan dibuat dalam kalangan Ahli Parlimen yang memahami tentang kedudukan veteran.
"Kalau boleh daripada kalangan Ahli Parlimen yang pernah berkhidmat dalam pasukan tentera," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Kali Kedua PVATTBM di sebuah hotel di sini pada Ahad.
Menurut Ismail, terdapat lebih 300,000 bekas tentera di negara ini dan 170,000 daripada mereka adalah tidak berpencen.
Dalam pada itu, Ismail juga menyeru seluruh PVATTBM untuk memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri baharu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber I Astro Awani 





........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

( Hide )
  1. skit lg anwar letak dap jadi menteri pertahanan. baru terus bocor rahsia negara. blh serang dari mana2 penjuru pun. sbb melayu ramai yg bodoh terlajak.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo