NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Amaran hujan lebat, ribut petir hampir di seluruh negara petang ini



PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 12 negeri sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia berkata, di bahagian Utara, seluruh Pulau Pinang dan Kedah (Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) akan berdepan dengan cuaca buruk ini.

“Di Perak, kawasan yang dijangka ribut petir dan hujan lebat adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar.

“Situasi yang sama turut diramal di Pantai Timur melibatkan negeri Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin,” ujarnya menerusi kenyataan di laman sesawangnya.

Sementara itu di Selangor, MetMalaysia meramalkan ribut petir bagi kawasan Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang diikuti dengan Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

Tambahnya lagi, seluruh Negeri Sembilan dan Melaka juga dijangka mengalami cuaca buruk itu diikuti dengan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).

“Kawasan di Sarawak yang diramal mengalami hujan lebat dan ribut petir adalah Kuching, Serian (Serian), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang (Lawas).

“Di Sabah, amaran ribut petir dikeluarkan buat kawasan-kawasan Pedalaman (Sipitang dan Beaufort), Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE





........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo