NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tun Faisal buat laporan polis surat sokongan tular




PUTRAJAYA:
Bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz meminta pihak polis menyiasat kandungan surat dengan berkepala surat Barisan Nasional (BN) yang tular hari ini berikutan dikatakan suatu cubaan menipu dan menghina Yang di-Pertuan Agong oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, jika benar ada cubaan menipu Yang di-Pertuan Agong dalam isu sokongan 30 Ahli Parlimen BN terhadap Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10, beliau berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan.

Beliau berkata, sejak surat berkenaan tular di media sosial, kepemimpinan parti serta komponen BN, iaitu MIC dan MCA juga sudah menafikan isi kandungan berkenaan.

"Memang patut surat itu disiasat sebagai cubaan menipu dan menghina Yang di-Pertuan Agong.

"Beliau patut berasa malu dengan tindakan berulang kali terhadap Yang di-Pertuan Agong, cuma dulu kita tidak membuat laporan polis," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, petang tadi.

Tun Faisal juga berharap Majlis Kepemimpinan Tertinggi (MKT) UMNO dapat mengusulkan untuk tindakan disiplin diambil terhadap Ahmad Zahid kerana melanggar dan membelakangkan keputusan parti untuk tidak menyokong mana-mana pihak serta mengambil pendirian berkecuali.

Berikutan itu, katanya, beliau akan membuat aduan kepada MKT UMNO dalam masa terdekat.

Beliau juga mahu supaya Ahmad Zahid melepaskan jawatan sebagai Presiden parti dan bertanggungjawab terhadap kandungan surat yang tular itu.

"Hari ini, beliau sudah membelakangi bukan saja keputusan Dewan Tertinggi BN tetapi keputusan MKT iaitu 'No Anwar, No DAP'," katanya.

Tun Faisal yang kini menjalani hukuman digantung keahlian UMNO selama enam bulan, juga berhasrat untuk merayu semula keputusan Lembaga Disiplin itu berikutan ia ada kaitan dengan pendedahannya mengenai sokongan Ahmad Zahid terhadap Anwar, sebelum ini.

Keputusan menggantung keahlian Tun Faisal pada Mac tahun lalu, susulan tindakannya membuat kenyataan terbuka menentang Ahmad Zahid.

Sebelum ini, Tun Faisal dilaporkan berkata, Ahmad Zahid sudah hilang kredibiliti dan mengkhianati parti selepas gerakan untuk membawa UMNO menyokong ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal beberapa kali.





Komen: .UMNO akan bergomo sesama UMNO kerana ada UMNO yang jahat




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo