NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Prestasi Buruk PRU15, lagi desakan supaya Zahid berundur

PRESTASI PILIHANRAYA UMUM TERBURUK DALAM SEJARAH UMNO

23 November 2022.
Ketereh, Kelantan.

Di dalam Sistem Demokrasi Berperlembagaan, apabila sesuatu parti politik itu berhadapan dengan keputusan terburuk di dalam Pilihanraya Umum Negara , Ketua ataupun Presiden parti yang kalah dalam Pilihanraya perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan meletakkan jawatan setelah dilihat ditolak oleh rakyat.

Ini sering berlaku di Great Britain dan negara-negara Eropah lain. Ia bertujuan untuk memberi ruang serta nafas baru, kepada parti politik berkenaan reform dan reset semula kearah memulihkan imej parti yang telah kalah dalam Pilihanraya.

Dalam hal ini, Presiden UMNO perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke 15 baru lalu.

Dato' Seri Zahid Hamidi perlu mengundurkan diri secara terhormat.

Ahli-ahli parti dan pemimpin UMNO selama ini telah dengan taat mengikuti segala arahan dan naratif Presiden.

Kesilapan percaturan strategi dan naratif Presiden yang silap pada PRU15 membawa padah dan kekalahan paling teruk dalam sejarah UMNO.

Oleh yang demikian, Dato' Seri Zahid Hamidi perlu berjiwa besar dan melepaskan jawatan Presiden UMNO sebagaimana yang dilakukan oleh Dato' Sri Najib Razak dan pemimpin-pemimpin politik lain diseluruh dunia sebelum ini agar dapat memberi ruang kepada pengantinya meneruskan perjuangan parti ini.

DATUK SERI DR. Sr. HJ. MD. ALWI CHE AHMAD
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo