NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TG Abdul Hadi pimpin solat hajat sebelum ke Pusat Penamaan Calon


MARANG:
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengimami solat hajat sebelum menuju Pusat Penamaan Calon (PPC) Parlimen Marang Bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Pejabat Tanah dan Daerah Marang di sini.

Beliau selaku calon PAS mewakili PERIKATAN NASIONAL bagi bagi Parlimen Marang tiba di Masjid As-Salam, Kampung Kijing pada jam 8.05 pagi disambut pimpinan PAS dan Bersatu negeri serta para hadirin.

Solat hajat bermula jam 8.10 pagi yang turut disertai Pengerusi Bersatu negeri, Datuk Razali Idris, Bendahari dan Pengarah Pilihan raya PAS negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Ustaz Ariffin Deraman bersama kira-kira 500 ahli, penyokong PAS dan Bersatu.

Turut serta ialah wakil calon kepada Tuan Guru Abdul Hadi iaitu Mohd Nasir Ismail, Ustaz Ahmad Maarof (pencadang) dan Mohd Rosbi Yusof (penyokong).

Sejurus selepas itu, mereka mulai perarakan ke PPC Parlimen Marang dalam keadaan hujan renyai-renyai. – HARAKAHDAILY 5/11/2022



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo