NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penyokong PN berarak dalam hujan di Port Dickson


PORT DICKSON:
Hujan renyai sejak pagi tadi tidak mematahkan semangat sebilangan penyokong parti-parti yang bertanding bagi kerusi Parlimen Port Dickson untuk berhimpun sebelum ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Majlis Daerah Port Dickson dekat sini.

Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) daripada PAS, Rafie Mustapha bersama para penyokong sedang berkumpul di Masjid Jamel Port Dickson sebelum memulakan pergerakan ke pusat penamaan calon.

Beliau bersama pencadang dan penyokong telah masuk ke Dewan Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson pada jam 8.40 pagi.

Borang pencalonan beliau diserahkan pada jam 9.27 pagi.

Terdahulu beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan bersama kira-kira 200 penyokong PERIKATAN NASIONAL dari Masjid Jamek Port Dickson. – HARAKAHDAILY 5/11/2022



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo