NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Calon PN tiba paling awal di Pusat Penamaan Calon di Kota Bharu


KOTA BHARU:
Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) Parlimen Kota Bharu sampai di lokasi Pusat Penamaan Calon di Dewan Jubli Perak tiba sebelum pusat itu itu dibuka jam 9 pagi.

Perarakan calon PN diwakili PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan bermula di Pejabat PAS negeri di Jalan Dato’ Pati bermula jam 8.30 pagi sebaik selesai solat di Dewan Zulkifli Muhammad, yang diimamkan Pegawai Halaqat Dun Bunut Payong Ustaz Adnan Wazir.

Turut serta pada solat hajat tersebut Adun Bunut Payong Dato Dr Ramli Mamat. Turut menyertai perarakan kira kira sejauh 700 meter Adun Kota Lama Dato Anuar Tan Abdullah dan Adun Tanjung Mas Rohani Ibrahim.

Perararakan calon turut disertai masyarakat Cina dan India tempatan yang datang sejak awal lagi. Mereka memakai baju yang bertulis perkataan TAKI. Cuaca di Kota Bharu agak redup, selepas hujan lebat malam tadi.

Takiyuddin paling awal memasuki pusat penamaan calon dengan diiringi pencadang Ir Shakiman Muhamad dan wakil calon Pengerusi DHPP Kelantan Lim Guan Seng.

Ribuan penyokong PAS dan Bersatu yang hadir menunggu di Padang Perdana berhampiran Dewan Jubli Perak.

Kumpulan penyokong Umno pula tiba sejurus kemudian dari Jalan Bayam. Penyokong kedua-dua parti hanya dipisahkan dengan padang. – HARAKAHDAILY 5/11/2022



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo