NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penyokong PN gamatkan suasana Pencalonan di Bagan Serai


BAGAN SERAI:
Suasana hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Parlimen Bagan SeraI di Kolej Vokasional Kerian (KVK) di sini, pagi ini, berlangsung meriah dengan penyokong PERIKATAN NASIONAL (PN) melebihi gabungan parti lain.

Kira-kira 1,500 penyokong PN yang sebelum itu berkumpul di Surau Ubudiah di Taman Serai Jaya dekat sini, kira-kira jam 7.30 pagi dan kemudian menunaikan solat hajat, tiba di KVK kira-kira jam 8.30 pagi secara teratur.

Turut kelihatan Naib Presiden PAS, Dato’ Ustaz Idris Ahmad dan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria serta calon lain PN.

Semua penyokong ditempatkan di kawasan padang, manakala hanya calon serta penyokong dan pencadang dibenarkan memasuki dewan untuk urusan penamaan calon.

Bagaimanapun, keadaan terkawal dengan kehadiran anggota dan pegawai polis ditempatkan di sekitar Pusat Penamaan Calon ini.

Keadaan cuaca pula mendung dengan pengumuman calon yang layak bertanding dijangka dibuat di astaka padang KVK. – HARAKAHDAILY 5/11/2022



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo