NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dr Rosni calon pertama tiba di PPC Titiwangsa


KUALA LUMPUR:
Calon PERIKATAN NASIONAL daripada PAS, Dr Rosni Adam menjadi calon terawal yang tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) Parlimen Titiwangsa, Sekolah Menegah Kebangsaan Aminudin Baki.

Meskipun sekitar Kuala Lumpur hujan renyai sejak pagi tadi, para penyokong parti dilihat bersemangat berkumpul di sekitar pusat penamaan calon.

Anggota keselamatan juga sejak awal mula mengawal lalu lintas dan menutup jalan sekitar lokasi.

Situasi penamaan calon kali ini berbeza dengan pilihan raya kecil dan negeri sejak pandemik Covid-19 melanda negara. Kenderaan penyokong juga memenuhi sepanjang jalan sekitar pusat penamaan calon.

Jam 9 pagi, Dr Rosni Adam masuk ke pusat penamaan calon, diiringi pencadang, Azmer Shazwan Ahmad Suparmin dan penyokong, Sharifah Rashida Sayed Idrus. – HARAKAHDAILY 5/11/2022



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo