NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tawfik tanding bebas di Bagan Datuk selepas PH letak calon


PETALING JAYA:
Pengasas bersama Gerak Independent Tawfik Ismail akan bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Bagan Datuk.

Sebelum ini, beliau cuba berunding untuk bertanding di kerusi itu bawah tiket Pakatan Harapan (PH).

Anak kepada timbalan perdana menteri kedua, Dr Ismail Abdul Rahman itu melahirkan kekecewaan terhadap keputusan PH meletakkan Shamsul Iskandar Akin daripada PKR sebagai calonnya di kerusi berkenaan.

“Bagi mengelak perpecahan undi dan memastikan kekalahan (Presiden Umno) Ahmad Zahid Hamidi, saya telah menghubungi pemimpin PH (supaya saya) dibenarkan bertanding bawah panji PH.

“Bagaimanapun, (usaha saya) terbukti sia-sia kerana gagal mendapatkan sebarang maklum balas daripada pucuk pimpinan PH,” katanya dalam kenyataan.

Tawfik berkata, satu-satunya tujuan beliau bertanding di kerusi itu adalah untuk mengalahkan Zahid, yang disifatkannya sebagai “penjelmaan rasuah”.

“Beliau mewakili malapetaka Malaysia, terutama cara rasuah telah meragut maruah rakyat kita. Saya tidak boleh berdiam diri dan membiarkan perkara itu berlaku,” katanya.

Zahid akan cuba mempertahankan kerusinya bagi penggal ketujuh, selepas menjadi Ahli Parlimen Bagan Datuk sejak 1995. Selain Tawfik, beliau setakat ini dijangka dicabar Shamsul dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Faiz Na’aman.

Tawfik berkata, beliau menawarkan pengundi Bagan Datuk pilihan antara Ahli Parlimen yang “bersih” atau yang tercemar dengan rasuah.

“Saya dengan rendah hati memohon sokongan daripada pengundi Bagan Datuk. Saya harap mereka akan beri saya peluang untuk berkhidmat sebagai Ahli Parlimen (mereka),” katanya.

Sebelum ini, veteran DAP Lim Kit Siang menggesa PH membenarkan Tawfik bertanding bawah panji gabungan itu menentang Zahid.

Beliau berkata, ini akan menjadi peluang untuk menonjolkan perjuangan PH menentang rasuah dan memastikan mereka yang didakwa di mahkamah akan terus berdepan keadilan.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo