NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BN sahkan Che Abdullah tanding Parlimen Tumpat


KOTA BHARU:
Barisan Nasional (BN) Kelantan mengesahkan penyandang Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi akan bertanding di Parlimen berkenaan menggunakan tiket BN.

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, berkata BN memberi laluan kepada Che Abdullah kerana dianggap sebagai calon boleh menang.

"Teka teki sudah terjawab dan Che Abdullah akan bertanding atas tiket BN di Parlimen Tumpat. Kita rasa satu kelegaan apabila Che Abdullah bersetuju dengan tawaran yang diberikan.

"Malah, akar umbi UMNO Bahagian Tumpat juga menerima baik kehadiran Che Abdullah," katanya ketika ditemui di Pejabat Perhubungan UMNO Kelantan, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan berkata, pihaknya akan memberikan saingan sengit kepada Perikatan Nasional (PN) di Parlimen berkenaan.

"Kita akui kita menawarkan kerusi berkenaan kepada Che Abdullah dan BN memang mengadakan pertemuan dengan beliau," katanya.

Terdahulu, pada Majlis Pengisytiharan Calon PN Kelantan malam tadi, penyandang Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan penyandang Parlimen Tumpat, Che Abdullah digugurkan daripada calon PN pada PRU15.

Pengerusi PN Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata Parlimen Bachok menyaksikan PN meletakkan muka baru, Muhamad Shahir Che Sulaiman sebagai calon.

Bagi kerusi Parlimen Tumpat, Perikatan Nasional (PN) mengumumkan EXCO Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, Datuk Mumtaz Md Nawi sebagai calon di kerusi berkenaan.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo